Pages

Pages

February 18, 2014

Cucur Milo De'love

Fuhh.. berhabuk dah blog ni..

Assalamualaikum semua.. Salam ceria- ceria selalu. Semoga hidup dalam keadaan positif minda dan jiwa.

Ok, hari ni Fiza nak kongsi resepi yang baru je kejap tadi terpikir dan baru je kejap tadi juga dicuba..
Hasilnya memang terbaik dan puas hati.

Untuk resepi kali ini, Fiza guna adunan sedikit sahaja, maklumlah nak cuba- cuba je dulu. Nanti- nanti baru nak buat yang bersungguh- sungguh punya. Sebab apa nama de'love, sebab siap je resepi ini terus kongsi dengan dot..dot..dot.. (rahsia)

Okey, daripada merapu bukan- bukan, jom kita lihat bahan- bahan dan cara membuat Cucur Milo De'love

Bahan- bahan:

1 biji telur
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar serbuk milo
5 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil serbuk penaik ( baking powder)
secubit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara- caranya:

1. Pukul telur dan masukkan gula pasir. Pukul lagi sehingga sebati.
2. Masukkan serbuk milo ke dalam adunan telur sehingga sebati.
3. Tambahkan kedalam adunan susu pekat manis dan garam.
4. Ayak bersama tepung gandum dan serbuk penaik dan masukkan kedalam adunan. Kacau sebati. Adunan akan menjadi likat seperti adunan cucur yang lain.
5. Panaskan minyak didalam kuali. Apabila minyak sudah betul- betul panas, jemput adunan sebesar guli dan goreng sehingga masak. Jangan buat besar- besar, sebab adunan tadi akan mengembang bila masak.

Inilah hasilnya.. kalau nak banyak sila darabkan kuantiti bahan diatas. Adunan diatas dapat banyak juga sebenarnya, cukup untuk 3 orang makan ( bukan 7 ketul ) Tapi untuk sesi bergambar, Fiza ambil 7 jer jadi model..

Rangup diluar lembut didalam

Zoom dekat sikit... nampak macam salutan serbuk milo