Fiza kembali dengan resepi yang baru dicuba iaitu bubur butir nangka. Macam biasa, resepi dapat daripada hasil pencarian blog- blog resepi dalam internet.
Bubur butir nangka ini bukanlah diperbuat daripada biji buah nangka, tapi hanya dibuat menggunakan tepung pulut dan dicampur dengan air sehingga menjadi doh yang lembut dan gebu. Bubur in merupakan makanan tradisi masyarakat negeri Che Siti Wan Kembang@ Kelantan.
Bubur butir nangka mempunyai persamaan dengan bubur candil yang berasal daripada Indonesia. Memang serupa, buat daripada tepung pulut..makan dengan kuah santan bergula.. memang serupa cara pembuatannya. Tetapi perbezaannya ialah:
Butir nangka bentuk bujur & Butir candil bentuk bebola kecil
Itu sahaja perbezaanya.. menarik bukan? Belajar satu boleh buat dua benda. Ok lah, mari kita tengok resepi bubur butir nangka yang tetiba boleh jadi bubur candil.. hehe..
Resepi Bubur Butir Nangka
Bahan- bahan:
Bahagian A:
2 cawan tepung pulut
Air secukupnya
Pewarna makanan ( fiza buat warna putih, merah dan hijau)
Bahagian B:
Santan setengah periuk @ agak- agak cukup untuk kuah ( guna santan segera + air, jgn terlalu cair atau pekat)
1/2 keping gula melaka
4 sudu besar gula pasir
sejemput biji sagu
secubit garam
Cara- cara membuat:
Doh Butir Nangka:
1. Mula- mula masukkan tepung pulut kedalam mangkuk besar dan tambahkan air secukupnya. Gentel adunan tepung dengan tangan sehingga menjadi doh yang gebu dan tidak melekat pada tangan.
2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. Titiskan setiap bahagian dengan pewarna makanan mengikut kesukaan. Fiza buat 3 warna, satu warna asal dan dua lagi warna iaitu merah dan hijau.
3. Gentel setiap adunan tepung sebesar guli dan letakkan didalam pinggan yang telah ditaburkan tepung (elak daripada melekat). Gentel satu demi satu adunan doh bewarna tersebut.
4. Didihkan air dalam periuk besar. Setelah itu ambil doh tepung yang telah dibentuk bebola guli tadi dan gentel menjadi bujur diatas tapak tangan. Rebus doh dalam air mendidih sehingga masak. Doh biji nangka yang sudah masak akan timbul dipermukaan air.
5. Angkat dan toskan kesemua doh yang telah masak dan rendamkan kedalam mangkuk berisi air untuk mengelakkan doh melekat antara satu sama lain. ( Guna air paip jer)
Kuah Santan:
1. Masukkan santan kedalam periuk dan campurkan gula melaka. Masak atas api sederhana sehingga gula melaka larut sepenuhnya.
2. Masukkan biji sagu kedalam periuk santan tadi.
3. Masukkan gula pasir dan garam. Masak sehingga gula larut sepenuhnya. Biarkan kuah mendidih sedikit. Rasa kuah santan.
4. Toskan butir nangka dan campurkan kedalam kuah santan. Kacau- kacau sedikit biar sebati dan serasi.
5. Tutup api dan sedia untuk dimakan setelah suhunya turun (nanti melecur bibir kalau makan panas- panas).
Taraaaa....!!! Inilah hasilnya yang Fiza buat...
abang kata fiza buat badak berendam.. (mentang- mentang ada yang besar tu.. huhu) |
Resepi kali ini, Fiza saja buat butir nangka besar daripada saiz sebenar.. sebab malas.. haha..
No comments:
Post a Comment