Pages

Pages

December 25, 2013

CHE MEK MOLEK COMEL

Assalamualaikum...

Blogger IceIsCreamy kembali dengan resepi yang agak baru dicuba iaitu kuih che mek molek. Asasnya kuih ni sama dengan kuih keria cuma yang membezakannya ialah kedudukan gula. Kuih keria gula disalut diluar kuih manakala kuih che mek molek gula larut dalam kuih.

Che mek molek kuih tradisional Pantai Timur, dan memang Fiza tak pernah jumpa pun kuih ini dijual dikawasan Pantai Barat. Fiza tahu pun kuih ni sebab ada yang request nak makan. jadi orang yang minta tu yang ajar Fiza macam mana nak buat kuih ni.( mestilah abang yang request)

Tak susah pun nak buat..macam main play dough jer.. hehehe..

Ok lah, kali ni Fiza tak payah nak cerita-cerita panjang.. resepi berdasarkan gambar jer..

Resepi Che Mek Molek

Bahan- bahan:

400g ubi keledek oren
12 sudu besar tepung gandum
gula secukupnya sebagai inti
secubit garam
minyak untuk menggoreng
air untuk merebus ubi

Langkah 1:
rebus ubi keledek dengan secubit garam sehingga lembut dengan menggunakan api sederhana
Langkah 2:

tumbuk sehingga lumat
Langkah 3: 

masuk dalam mangkuk besar

Langkah 4: 

tambah tepung gandum dan bentukkan bulat sebesar bola ping pong. tekan tengah, dan masukan setengan sudu kecil gula. Tutup, dan bentukkan. 

Langkah 5: 

Akhir sekali, goreng dalam minyak yang banyak sehingga keperangan

Mudah bukan? 

Untuk resepi kali ini fiza guna ubi keledek oren (lebih baik ubi keledek putih..abang kata) dan Fiza rehatkan adunan selama lebih kurang 5 minit sebelum diuli bulat- bulat sebesar bola ping pong.

Adunan memang akan melekat pada tangan dan terasa macam nak tambah je lagi tepung. Adunan yang sesuai untuk dibuat bulat- bulatadalah yang sudah jadi agak melekat pada tangan tapi boleh dibentuk. Hati- hati..terlebih tepung nanti kuih tak jadi.. 

Jadi Fiza syorkan untuk 400g ubi, dalam anggaran 12 sudu besar tepung dan rehatkan sebentar utk dapatkan adunan yang agak kurang melekat. 

Melekat- melekat tu mungkin sebab air tangan kot.. ataupun sebab lekitan tepung pada tangan yang buatkan rasa adunan masih perlu ditambah tepung. 

Apa- apa pun, learn from the mistake..never give up..!

Tambahan..

Untuk buat adunan jadi bujur senang jer..

* Mula- mula bulatkan adunan sebesar bola ping pong. 
*Tekan tengah- tengah buat lubang gula 
* Masukkan setengah sudu kecil gula dalam lubang tersebut. 
* Kepilkan adunan dari hujung ke hujung. 
* Akhir sekali, guling- gulingkan atas tapak tangan untuk kemaskan bentuk.



December 19, 2013

PANCAKE COMEL

Sekarang ni bila menjelang petang sahaja mesti hujan. Jarang juga hari yang tak hujan petang. Kalau tak hujan petang hujan malam. Maklumlah dah musim.. Syukur tak banjir. Bila cuaca dah sejuk- sejuk ni mulalah datang pelbagai idea untuk minum petang.

Macam- macam menu minum petang yang Fiza buat bagi melayan tekak masa sejuk- sejuk ni. Nak layan drama atau komedi siaran terganggu bila hujan (astro katakan). Nak layan whatsapp dengan abang internet kene tutup sebab kilat. Jadi, apabila semua tadi tidak boleh, maka terjahlah ke dapur, lihat apa yang ada dan apa yang boleh dibuat. Jadi terhasilah satu penciptaan yang mudah, cepat dan lazat iaitu... PANCAKE...

Yummy and Fluffy

Apakah resepinya? Jom...

Resepi Pancake@Lempeng

Bahan- bahan: 

1 cawan tepung gandum
3/4 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
2 sedu besar gula

Cara- caranya:

1. Masukkan tepung gandum dan baking powder kedalam mangkuk besar dan gaulkan.
2. Dalam mangkuk lain, pukul telur bersama gula sehingga sebati dan tambahkan esen vanilla
3. Masukkan bahan yang dipukul tadi kedalam adunan tepung dan masukkan susu segar.
4. Gaul sebati bahan- bahan tadi menggunakan kaedah kaup balik.
5. Panaskan non-stick pan atau kuali leper. Griskan sedikit mentega/minyak masak jika menggunakan kuali leper untuk elak adunan tadi melekat
6. Apabila kuali/pan sudah panas, ambil sesenduk adunan tadi dan tuang keatas kuali yang panas. Buat bulat- bulat sikit. Permukaan pancake yang bahagian atas akan ada gelembung- gelembung sikit.
7. Terbalikkan apabila bahagian bawah sudah masak. Apabila sudah siap, bolehlah dimakan dengan jem atau madu.

Sekian....
Senang bukan? Kalau nak lagi sedap, nikmatilah dengan teh o panas. Pasti memikat selera..
Adunan ini boleh menghasilkan 6 keping pancake bersaiz kecil.


December 18, 2013

AIS KRIM DAH SIAP.. HORREY!!


Setelah semalaman menunggu akhirnya siap jugak ais krim. Tapi malangnya cepat cair. Jadi mula lah sekali lagi pencarian. Cari punya cari, maka jumpalah rahsia untuk elakkan ais krim daripada cepat cair iaitu tambahkan sesudu besar tepung jagung kedalam adunan susu sebelum pukul dengan mixer dengan bahan- bahan lain.

Apa- apa pun inilah hasilnya....

tabur dengan coklat rice sikit.. sedap.. memikat...

ini yang perisa kopi lingzi

tekstur gebu dan cantik.. tak perlu nak pukul banyak- banyak kali


Jadi Fiza buat perubahan sikit kat resepi dalam post sebelum ni.

Okey.. Next project.. ais krim perisa teh tarik pulak..

Next Coming : Ais Krim Teh Tarik Mengancam!!! Hoyeh!..

December 17, 2013

AIS KRIM BUATAN SENDIRI

Assalamualaikum..

Hari ini terlancarlah my new project iaitu... Homemade Ais Krim!! Ermm.. nyummy.. Fiza memang suka makan ais krim lebih- lebih lagi perisa vanilla. Dah lama Fiza tak makan ais krim vanilla, kali terakhir makan tak salah 4 bulan lepas kot dengan abang.

Idea tercetus lepas terpandang resepi ais krim paddle pop dalam page buku resepi dalam Facebook. Terima kasih kepada yang post resepi ais krim tu. Terliur tengok gambar ais krim dalam page tu maklumlah pencinta ais krim katakan. Apa lagi, maka mulalah pencarian dari blog ke blog termasuklah ke youtube demi mencari resepi terbaik dan tersenang untuk buat ais krim. Dipendekkan cerita ini lah resepinya..

Tarraaa....!!

Resepi Ais Krim Homemade Perisa Kopi dan Vanilla

Bahan-bahan:

1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat manis
1 biji telur
1 sudu besar ovalette
2 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
sedikit air (dalam 3 sudu besar)

Perisa: 1 tiub coffee lingzi dan satu sudu besar esen vanilla

Cara- cara membuat: 

1. Masukkan susu cair, susu pekat manis, telur, ovalette, esen vanilla dan sedikit air dalam mixer dengan menggunakan kelajuan sederhana. ( Adunan susu cair dan susu pekat ditambah dengan tepung jagung dan dimasak atas api sederhana dahulu sebelum dipukul dengan bahan- bahan lain)

adunan dalam mixer mulanya hanya 1/5 bekas


2. Adunan dipukul selama 30 minit atau sampai menjadi gebu, likat dan berkrim. Rupanya lebih kurang macam ais krim masa cair. Adunan akan naik 3 kali ganda daripada asal.

3. Selepas itu, tuang adunan kedalam bekas ais krim. Boleh dapat dalam dua bekas ais krim 1.5L


paras adunan selepas dipukul sebati.. naik tinggi kan  dari asal? dah nampak sungguh berkrim dan nyummy.. 
4. Maka mulalah proses memperisakan ais krim. Fiza buat dua perisa.
      (a) Vanilla : tambahkan satu sudu besar esen vanilla dan kacau sebati
      (b) Kopi : taburkan serbuk coffee instant lingzi dan kacau sebati

5. Masukkan kedalam peti ais ditempat sejuk beku. 

Fiza baru buat ais krim ni malam tadi. Tak sabar nak tunggu esok, nak tengok hasilnya macam mana. 

Sebenarnya resepi ni ada banyak versi. Ada yg kisar balik selepas dibekukan selama 3-4 jam dan sejuk beku semula semalaman. Ada juga yang sejukkan selama 30 minit dan kisar balik (ulang 3 kali) sebelum sejukkan semalaman sebelum dihidangkan. Fiza pilih versi seperti diatas, sebab senang.

Apa-apa pun kena tengok hasilnya esok pagi.. mudah-mudahan menjadi.. InsyaAllah..

All is Well Fiza...!





December 15, 2013

HAMBURGER CAKE

Sedikit perkongsian mengenai hamburger cake yang dijumpa dalam youtube..
           
   Channel Nerdy Nummies.. the best channel for cake lover

Cara pembuatannya tak susah dan ia sangat menarik.. Sesuai dijadikan kek hari jadi, hantaran, hadiah dan saja- saja buat makan.

tengok lah nanti kek ni jadi kek hari jadi sape nanti.. ikut kerajinan semasa..

Okey.. apa yang fiza nak kongsi disini ialah cara- cara pembuatan hiasan sayur, keju dan  sos untuk kek ni ( yang warna hijau, kuning dan merah tu..). Nama dia pes gula atau dalam english sugar paste. Jom, kita tengok resepi untuk buat pes gula

Resepi Pes Gula ( Sugar Paste)

Bahan- bahan:

500g gula aising diayak 3 kali
2 sudu besar cecair glukosa
1 biji putih telur
Pewarna makanan : merah, kuning dan hijau

Cara- caranya:

1. Satukan cecair glukosa dan putih telur. Kacau sehingga sebati dalam mangkuk kaca.
2. Masukkan gula aising dan kacau rata dengan menggunakan senduk kayu.
3. Bahagikan kepada tiga bahagian dan warnakan dengan pewarna makanan
4. Taburkan sedikit gula aising atas papan pencanai dan uli sehingga doh menjadi agak lembut dan berpermukaan licin.
5. Boleh dibentuk mengikut seperti terdapat dalam video diatas. 

Sekian, Terima Kasih... 

Maka jadilah kek tersebut.. Kalau setakat kek dan brownies boleh guna tepung segera yang banyak dijual di pasaran. Ikut arahan dibelakang kotak, mesti jadi punya..

Enjoy Baking....