Pages

Pages

December 19, 2013

PANCAKE COMEL

Sekarang ni bila menjelang petang sahaja mesti hujan. Jarang juga hari yang tak hujan petang. Kalau tak hujan petang hujan malam. Maklumlah dah musim.. Syukur tak banjir. Bila cuaca dah sejuk- sejuk ni mulalah datang pelbagai idea untuk minum petang.

Macam- macam menu minum petang yang Fiza buat bagi melayan tekak masa sejuk- sejuk ni. Nak layan drama atau komedi siaran terganggu bila hujan (astro katakan). Nak layan whatsapp dengan abang internet kene tutup sebab kilat. Jadi, apabila semua tadi tidak boleh, maka terjahlah ke dapur, lihat apa yang ada dan apa yang boleh dibuat. Jadi terhasilah satu penciptaan yang mudah, cepat dan lazat iaitu... PANCAKE...

Yummy and Fluffy

Apakah resepinya? Jom...

Resepi Pancake@Lempeng

Bahan- bahan: 

1 cawan tepung gandum
3/4 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
2 sedu besar gula

Cara- caranya:

1. Masukkan tepung gandum dan baking powder kedalam mangkuk besar dan gaulkan.
2. Dalam mangkuk lain, pukul telur bersama gula sehingga sebati dan tambahkan esen vanilla
3. Masukkan bahan yang dipukul tadi kedalam adunan tepung dan masukkan susu segar.
4. Gaul sebati bahan- bahan tadi menggunakan kaedah kaup balik.
5. Panaskan non-stick pan atau kuali leper. Griskan sedikit mentega/minyak masak jika menggunakan kuali leper untuk elak adunan tadi melekat
6. Apabila kuali/pan sudah panas, ambil sesenduk adunan tadi dan tuang keatas kuali yang panas. Buat bulat- bulat sikit. Permukaan pancake yang bahagian atas akan ada gelembung- gelembung sikit.
7. Terbalikkan apabila bahagian bawah sudah masak. Apabila sudah siap, bolehlah dimakan dengan jem atau madu.

Sekian....
Senang bukan? Kalau nak lagi sedap, nikmatilah dengan teh o panas. Pasti memikat selera..
Adunan ini boleh menghasilkan 6 keping pancake bersaiz kecil.


No comments:

Post a Comment