Blogger IceIsCreamy kembali dengan resepi yang agak baru dicuba iaitu kuih che mek molek. Asasnya kuih ni sama dengan kuih keria cuma yang membezakannya ialah kedudukan gula. Kuih keria gula disalut diluar kuih manakala kuih che mek molek gula larut dalam kuih.
Che mek molek kuih tradisional Pantai Timur, dan memang Fiza tak pernah jumpa pun kuih ini dijual dikawasan Pantai Barat. Fiza tahu pun kuih ni sebab ada yang request nak makan. jadi orang yang minta tu yang ajar Fiza macam mana nak buat kuih ni.( mestilah abang yang request)
Tak susah pun nak buat..macam main play dough jer.. hehehe..
Ok lah, kali ni Fiza tak payah nak cerita-cerita panjang.. resepi berdasarkan gambar jer..
Resepi Che Mek Molek
Bahan- bahan:
400g ubi keledek oren
12 sudu besar tepung gandum
gula secukupnya sebagai inti
secubit garam
minyak untuk menggoreng
air untuk merebus ubi
Langkah 1:
rebus ubi keledek dengan secubit garam sehingga lembut dengan menggunakan api sederhana |
tumbuk sehingga lumat |
masuk dalam mangkuk besar |
Langkah 4:
tambah tepung gandum dan bentukkan bulat sebesar bola ping pong. tekan tengah, dan masukan setengan sudu kecil gula. Tutup, dan bentukkan. |
Langkah 5:
Akhir sekali, goreng dalam minyak yang banyak sehingga keperangan |
Mudah bukan?
Untuk resepi kali ini fiza guna ubi keledek oren (lebih baik ubi keledek putih..abang kata) dan Fiza rehatkan adunan selama lebih kurang 5 minit sebelum diuli bulat- bulat sebesar bola ping pong.
Adunan memang akan melekat pada tangan dan terasa macam nak tambah je lagi tepung. Adunan yang sesuai untuk dibuat bulat- bulatadalah yang sudah jadi agak melekat pada tangan tapi boleh dibentuk. Hati- hati..terlebih tepung nanti kuih tak jadi..
Jadi Fiza syorkan untuk 400g ubi, dalam anggaran 12 sudu besar tepung dan rehatkan sebentar utk dapatkan adunan yang agak kurang melekat.
Melekat- melekat tu mungkin sebab air tangan kot.. ataupun sebab lekitan tepung pada tangan yang buatkan rasa adunan masih perlu ditambah tepung.
Apa- apa pun, learn from the mistake..never give up..!
Tambahan..
Untuk buat adunan jadi bujur senang jer..
* Mula- mula bulatkan adunan sebesar bola ping pong.
*Tekan tengah- tengah buat lubang gula
* Masukkan setengah sudu kecil gula dalam lubang tersebut.
* Kepilkan adunan dari hujung ke hujung.
* Akhir sekali, guling- gulingkan atas tapak tangan untuk kemaskan bentuk.